Thoughts ; #01 Harapan






Orang kata kalau tak nak jangan bagi harapan dekat orang yang tengah menunggu.

Betui ka ? Betui la kut kan. Sebab kadang2 harapan ni boleh jadi menggembirakan kadang2 boleh menghancurkan, mengecewakan gitu. Lagi2 melibatkan perasaan/jodoh ni kan ? Aekeke. Bukan main serius entry hakak kali ni selepas bertahun2 hakak tak ber blogging. Tiba2 ja pasal perasaan. Dah kenapa, ye dok ? 

Bagi pendapat akak, lumrah manusia ni sbenarnya memang suka berharap dekat orang walaupun kita rasa kita ni tak memberi harapan dekat orang. Tapi macam mana lah ye orang boleh berharap ? 

Terfikir dakkk ?
Sbenarnya harapan tu datang tak tunggu pun org tu luah. 
"Oh akuuu cintaaa padamuu wahai kekasihhh pujaan hatiiii"

 Tapi ACTION tu ye. 

Contohnya kan, kita ada sorang kawan ni selalu sangat contact kita. The way dia layan kita tu memang buat you all sendiri keliru. Gila apa duk imagine masa depan sesama, on the phone bukan main lagi berejam2. Kadang2 nampak dia suka kita but in the same time, dia sendiri tak pernah confess. Cemana tu ? 

Alasan sebab takmau kita berharap sebab jodoh tu semua rahsia Tuhan. Tapi cara dia tu saje nak kita berharap. Abang2, akak2. Kalau kita mmg tak pasti dan mmg serah soal jodoh tu 100% kt Tuhan eloknya tak perlu pun dekat memana perempuan/lelaki. Kan dibuatnya orang betul2 berharap dan abang2 akak2 blah macam tu ja tak ke kesian dekat orang ?

Maaf. Sekadar mengarut di malam hari. Aekeke
Adios :*



NAK BERJAYA, TAK PUAS HATI, TOLONG KAWAN atau JAHANAM kan KAWAN ?

Assalamualaikum readers !

Ya Allah. Lamanya tak update. So my last entry was updated bout 6 months ago. (Typical Malaysian) Sangat sangat busy with my studies. Well yeah. Budak Graphic sejak bila free ? Tell me. But Alhamdulillah so far so good eventoooo banyak masalah melanda diri ini. *Cehhh.

So1st and foremost, before aku membebel pada entry kali ni, meh aku nak habaq kat depa smua aku baru je siap Final Project untuk Art and Design. Apa project nya ? Yesss. Doodles. Actually nampak senang. Tapi susah untuk aku yang tak berapa nak berseni T.T

As aku bagitahu tadi, subject nya ialah Fundamental of Art and Design.
So here we goes,



Agak complicated because bertemankan MALAYSIA. Nampak tak focus aku pada tiger tu ? Konon Harimau Malaya tapi Lecture English aku ingat logo proton. Sad isn't ? -,-"

Ni 1st time la dalam seumur hidup aku buat doodles. Berapa lama masa aku ambil ni hanya 4 hari. Fyi, ni bukan sekadar final project, but also for MALAYSIA BOOK OF RECORDS. Why ? Sebab ni lah doodles terpanjang di Malaysia dimana 500meter kain telah diconteng oleh students department JRKV. Setiap seorang dapat 2meter. Menangis aku woi nak mencari idea. Dah la aku terus sketch atas kain without sketch on paper. Nasib. Apa2 pun, aku dah cuba yang terbaik. Selebihnya, aku berserah kepada Allah :)

Okay stop pasal doodles.

Aku nak membebel pasal lain plak. Pasal apa eh ? Mohon baca balik title entry ni :p

Satu aku nak habaq ye. Dalam dunia ni ada macam macam jenis kawan. Kawan yang baik, kawan yang tikam blakang, kawan yang selalu ada time senang, kawan yang selalu ada time susah dan sebaliknya dan bla bla bla. You know what I mean. Banyak kan..

Tapi.. Ha dah masuk dah tapi..

Life as a students, tak kira lah sekolah ke Uitm ke, Poly ke apa ke, bila kau digelar students dekat luar sana macam macam jenis ragam manusia kau akan jumpa. Serious banyak. Thats why orang kata kena pandai memilih kawan. Bukan pilih dia tu ketururan bangsawan ke, dato, datin tu. Maksud aku attitude dia. Yes. ATTITUDE.

Aku nak sentuh pasal grouping work lah kan. Bila kau diberi task oleh lecture takpun cikgu sekalipun, serious bila sebut dalam group je mesti "Alhamdulillah". BEST punya.
Almaklumlah kalau individual boleh pening kepala dek terlalu memikir task yang diberi. Lagi lagi kalau kau sendiri tak faham apa yang nak dibuat.

Perhatikan lah bila korang buat dalam grouping, maybe dalam ramai ramai tu ada salah satu yang jenis nak kerja on time je, nak buat cepat, rushing semua. Kau kena faham. Biasanya orang yang macam tu bukan sebab GILA KUASA. Tapi disebabkan perasaan tanggungjawab dia as a student untuk jalankan tugas yang diamanahkan. Kadang kadang benda tu lambat lagi nak, tapi sbenarnya dia buat macam tu nak pastikan nanti tak lah terkejar kejar bila buat last minutes.

So in grouping, biasanya kita akan dapat 1 topic and under topic tu akan ada 1 - 4 sub topic yang korang nak kena buat.

Biasanya orang yang pandai bahagikan tugas, okay kau ambil tajuk tu, aku ambil yang ni also bla bla bla.

TAPI dalam dunia ni bukan semua manusia jenis macam tu. Ada yang buat taktahu bila dah dapat tugas. Paling best bila langsung tak tanya kita, malah harap kita pulak pergi cari dia suruh buat.

Suka aku ingatkan, even kau busy sekalipun, kau kena pikir orang lain pun ada banyak kerja. Sama sama nak buat, sama sama ada hal masing masing. Sama sama nak berjaya. But doesn't mean kau kena selfish pikir kau punya kerja sampai tolak kerja grouping tu.

Bila orang dah start bunyi pasal kau, kau malas, kau tak bagi kerjasama mula lah kau nak buat muka then buat ketupat sana ketupat sini. So dalam situasi ni, kau sbenarnya bermasalah. Kalau dah tahu semua orang ada kerja, apa kata kau rajinkan diri tu. Siapkan sama sama tak lah menyusahkan orang lain right ?

Kau kena pikir, orang yang rasa bertanggungjawab tu mula mula memang lah tak kisah sgt kalau stakat skali dua. Tapi kalau dah berkali kali, kau pikir kau siapa ?

Kau sbenarnya selfish. Kau tak pikir dia terkejar kejar siapakan kerja kau. Dari pagi sampai ke malam. Sanggup overnight disebabkan task tu. Sedangkan kau ? Kau buat apa ? Ye. Kau boleh lepak sana sini. Kau boleh ketawa gelak gelak, layan movie, boleh tidur lena. Alasan kau busy siapkan kerja lain, habis kau pikir member kau yang duk rushing tu kerja kerja dia dah siap ke ? Ada ke kau pikir member group kau tu mcm mana ? Kau pikir ke condition dia ? Kau pikir ke perasaan dia ? No. Takde.

Eh selfish nya kau.

Bila sentuh pasal kawan baik. Ye ada stengahnya jenis "Ah nevermind tak kisah. Dia member aku so aku kena tolong dia." Betul. Tolong kawan tak salah. Tapi salah bila kau penat penat buat kerja, markah kau tak dapat lebih pun. Sama rata je. Adil ke tu ? Adil ? Pikir skali lagi.

Ada pulak yang jenis, "okay fine. Kau tak nak buat sgt kan, aku malas letak nama kau biar kau tak dapat markah" Yes. Aku suka cara macam ni. Yang ni aku panggil kawan yang baik. Pasal paa ? Pasalnya, dia buat semua tu bukan disebabkan dia tak pikir perasaan kau as a friend. Kau kena pandai beza time bila dipanggil kawan and bila patut dipanggil lawan. Kau kena faham, belajar itu belajar. Kawan itu kawan. Dia buat semua ni semata mata nak kau sedar, kau belajar untuk parents kau, untuk masa dpn kau, untuk kerjaya kau akan datang and untuk kau sendiri. So kau kena la tunjuk skit efforts kau tu. Kalau tak faham tanya. Tak kira lah tanya member ke lecture ke apa.

Kalau kau harapkan orang yang buatkan, sampai bila ? Sampai kau habis belajar ? Kau bangga bila dapat pointer yang bagus, kau bangga bagitahu parents kau dpt pointer tinggi semua tapi pernah tak kau pikir smua tu bukan usaha kau 100% ? Kau hidup atas kesenangan orang lain. Kalau parents kau tahu, kau pikir diorang bangga dengan usaha kau tu ? Adab belajar ye mmg saling tolong menolong. Kau tak faham, kau tanya kawan kau. Tapi bukan dengan cara yang salah.

Sekali lagi, selfishnya kau.

Kita sama sama nak berjaya. Takde pun nak tengok member sendiri failed. For sure.. Tapi biarlah kena dengan cara dia. Jangan sampai kena pijak kepala dan akhirnya yang murah hati tu akan dipanggil kawan yang menjahamkan kawan sendiri.

Kena ingat, setiap apa yang kita belajar itu ilmu. Kalau si murah hati tu baik sangat asyik nak biar je orang pijak kepala, kau tak kan dapat pape. U get nothing. Zero. Why ? Sebab ilmu tu orang lain je dapat. Please. Kita buat semuanya untuk diri sendiri jugak. Kau pikir la skit, nanti bila kau dh graduate then kau nak kerja, even pointer kau gempak sekalipun atas usaha orang lain, tanpa ilmu, tanpa skill, kau taktahu pape, ingat mudah nak dapat kerja ?

Yes. Think twice.


So yah. Itu sahaja untuk malam ni. Maafkan aku sekiranya ada terkasar bahasa ataupun terasa hati dengan aku. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri.

Toodles.

Eh btw, aku tak sabar sabar nak cuti sem. Haha. Busy woi dgn final project. (Fundamental of Graphic Design and Final Assesment English) Final exam ? Fuh fuh. 2 paper je ^^ Hikhik. Wish me luck.
21/10/2014 dah boleh balik. Yeay !

Ok bye.

Typical Malaysian.

Assalamualaikum :)

Well hollo people. Aku rasa macam dah lama tak update since tahap blur aku bertambah semenjak cuti berbulan bulan ni. Last entry aku bout isu MH370, Jasmine Johari tipu rakyat Malaysia. Aku ingat cuti berbulan2 ni banyak entry yg aku update, tp agak slow. Ah it's okay orang tak rindu aku. Haha. 

So hari ni aku nak update pasal Typical Malaysian. Tahu tak apa itu tipikal ? Kalau tak tahu meh Cik Yana Abell bagitahu apa itu typical. Tipikal ialah normal, biasa. Tipikal Malaysia or Tipikal Melayu ni habit orang kita selalu buat. Adaaa paham ? Okay bagus. Muehehe.

Entry kali ini berdasarkan pengalaman and apa yang aku lihat sepanjang aku hidup serta apa yang aku selalu buat tak kira la public area ke dekat atas jalan ke apa ke. 




1st, korang perasan tak, perasan tak bila dekat atas jalan kan situasinya dimana bila traffic light warna kuning kita suka pecut to the max sebab tak nak kena lampu merah ? Kan kan ? Eh tak semua tapi rasanya 99% suka buat macam tu. Iye dok ? Ehem ehem. Aku selalu buat. Eh tak selalu la. Kadang2 warna kuning baru je tukar aku dah berhenti. Sopan kan ? Kuikuikui

2nd, PUSH PULL. Hang tau dak apa itu tolak tarik ? Alaa. Pintu yang org letak sign. Taktahu jugak ? Ni dia gambarnya ha



Kenapa dgn sign ni ? Okay. As kita pernah belajar kan Pull tu tarik, Push tu tolak. Tapi ramai je tertukar push tu tarik pull tu tolak. Tak gitu ? Kadang2 aku rasa mcm bodoh pun ada, bukan apa la kan. Dah terang2 tulisan push tu ada aku tetap jugak pergi tarik. Muehehe. Nak buat mcm mana, dah mmg aku suka buat macam tu ;p



3rd, dengki. Yes dengki. Alah. Bila sebut dengki, mesti korang pandang benda tu suatu yang negative kan ? Tapi sbenarnya dengki tu ada dua. DUA. Dua2 pun dah jadi habit melayu kita kan.

Dengki negative.

Rata2 dengki negative ni tanpa sebab yang munasabah tau ? Dengki bila kita takde, tak memiliki sesuatu yang kita nak then bila tengok someone tu ada yang kita takde kita rasa tercabar. Contohnya la kan, si Minah A dress biasa2 je tapi bila pandang tu kira macam sedap mata memandang la. Orang pun duk puji puji cantik la lawa la apa la. Tapi si Minah B pulak sikit sikit nak kondem si Minah A ni. Si Minah A ni takde pulak nak sakitkan hati dia, jaga tepi kain si B ni. Faham ? 

Okay tu contoh je la. Actually banyak lagi. Dan aku rasa la dengki ni kebiasannya datang drpd perempuan la. Tu pandangan aku sebab kadang2 aku pun macam tu. Haha. 

Dengki positive.

Dengki positive ni something benda yang sihat tau ? Tapi tak ramai lah kot yang ada habit dengki positive ni. Contohnya lah kan, korang ada kawan, tapi kawan korang tu selalu je dapat highest marks tak kira la exam ke test ke. Lepas tu korang rasa mcm dengki gila ah kan. Tapi korang takde la negative thinking ke nak cakap dia tu bawak toyol time exam sebaliknya korang akan cuba fight result dia. Tak gitu ? Hihihi

Point keempat, tak boleh terima teguran

Eh eh eh. Macam terkena diri sendiri. Haha. Actually orang melayu kita ni boleh terima teguran. Tapi katanya kena berhemah. Bukan secara maki, perli dan sewaktu dengannya. Tapi ada jugak bila kita dah tegur cara elok, personal gitu tapi dia tak boleh terima. Siap cakap 'Awak siapa nak judge saya ?' Haaa pulak dah. Orang macam ni tegur skali dua kalau tak nak trima kena biooo je. Biar dia fikir sendiri. Tapi tak bermaksud kena biarkan terus. Bahaya. Nanti merebak pulak dekat orang lain.




And last point is, buka aib, maruah tercalar
People nowadays memang ramai la yang ada insta, facebook, twitter bla bla bla etc. Aku malas nak menaip so copy paste drpd status aku yang lepas :

"Org sekarang cepat melatah. Tunjuk kebodohan sendiri dekat Facebook, post itu post ini bila org pergi screen captured upload then publish katanya menjatuhkan maruah, bukak aib. Sbenarnya hang sendiri bukak aib duk update itu ini bangga tunjuk kebodohan sendiri lepastu bila org lain tolong share kan marah pulak."

Point aku ni tak tuju dekat sape2. Cuma aku terfikir jugak lah dekat sesetengah manusia yang selalu je tunjuk kebodohan diri sendiri lepastu nak salahkan orang lain. Kalau dia tau apa itu maruah dan aib, dia tak kan bukak crita sendiri dekat orang :) Itu baru betul. 


So aku rasa ni je kut yang dapat aku share dekat blog untuk kali ini. Maaf untuk kegunaan 'aku' dan mintak ampun mintak maaf sekiranya entry aku kali ini agak kasar ye. Takmau marah marah, lepak chill je okay. Hoho.

Pictures from Mr.Google.


-Peace be upon u-